Saturday, May 12, 2012

Proses membersih premis


Biasalah bila dapat menyewa sesuatu tempat takdenya dah siap cantik gitu..ni lah wajah sebenar sebelum di 'make over' seperti dalam gambar entri yang lepas. Mula2 saya tengok dari jauh je tak lah jelajah habis. Kali kedua ketiga datang semula baru terasa bengkel ni memang agak luas berbanding kedai yang saya sewa. Kenapa saya panggil bengkel?sebab premis yang saya dapat ni adalah kategori bengkel. Lokasi nya juga di barisan belakang. Lot Industri(kilang) di barisan hadapan la kan..Tapi bila masuk Taman IKS ni semua orang akan gelar kilang,he...ok la tu dapat title kilang dah. :) Tapi kami masih biasa2 lagi..masih tahap baru lepas bertatih. Bagi saya ini baru permulaan perniagaan. Tiga tahun lepas saya anggap ia sebagai kajian (baru testing ja). Orang kata macam main-main je...ye lah dengan tiada pengalaman langsung,tiada mentor dan sangat survive. Tak percaya?tak caya sudah...Saya orang baru dalam perniagaan. Bila berjumpa kawan2 yang sama2 pergi kursus mereka semua punya pengalaman berniaga yang sangat  lama. Siap dah warisi ke anak2. Walaupun saya bukan lah keturunan ahli perniagaan(ewah) ye lah semua adik beradik kerja bidang profesional, tapi saya baru teringat semasa saya kecil, umur 7 tahun kot . Mak sebenarnya selalu buat kerepek ubi, pisang sira dan jual untuk budak2 sekolah. Hah,rupanya saya mewarisi ibu.. sangat tak sangka. Tapi kalau nak suruh mak buat kerepek dah tentunya dia malas malah lupa katanya Sangat dahsyat alasan itu...he tapi tak pe lah. Saya masih ingat mula-mula saya berminat untuk belajar bab bab buat kerepek ni, mak macam risau je, sering tanya tak nak cari kerja lain ke...saya faham perasaan ibu2, keinginan2 mereka. Mak, mak doakan kejayaan anak mak ni di dunia dan akhirat ye. Apapun saya sangat bersyukur, segala ujian yang kita terima sebenarnya adalah pengalaman yang sangat berharga dan mematangkan fikiran juga tindakan.










::Bengkel yang ditinggalkan dengan barang-barang::

::..dan longgokan sampah::

::..kesan-kesan kotoran degil::

::sangat memerlukan penyentalan huh::

::sebuah bilik::

::semuanya kene dibersihkan::

::operasi bermula::

::sangat bergaya demi keselamatan he::

No comments:

Post a Comment

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri