Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat serba sedikit berkenaan dengan produk syarikat dan aktiviti-aktiviti kami iaitu kerepek pagoda(Nur Kasih). Maklumat lanjut boleh hubungi kami 0195590656 atau datang terus ke premis kami atau pengedar-pengedar terdekat anda
Wednesday, July 20, 2011
Salam Syaaban..Ahlan wa sahlan Ramadhan...
Masih tak terlewat kah untuk mengucapkan salam nisfu syaaban baru-baru ni..?nampaknye tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan,bulan yang penuh keberkatan, bulan ibadah. Begitu juga bulan Rejab dan Syaaban yang hampir berlalu dan kita akan menuju bulan Ramadhan pula. Moga dalam kesibukan kita mencari rezeki di muka bumi ini,kita tidak lupa menunaikan segala kewajipan dan mencari redha Allah. Kehidupan yang kita kecapi dan nafas yang dihirup hanyalah sekadar pinjaman untuk kita membawa bekal secukupnya di sana nanti. Moga kita tidak lupa bahawa di bumi ini hanyalah sementara. Selamat beramal ibadah di bulan suci ini moga segala perbuatan kita diberkati dan peroleh rezeki yang halal. Di kesempatan ini juga kami dari warga Akbar Best mengalu-alukan kepada para pengedar, wakil-wakil penjual dan mereka yang berminat untuk bersama-sama merancakkan ekonomi di bulan Ramadhan untuk membuat tempahan kerepek lebih awal agar memudahkan pengurusa. Kepada mereka yang telah berbuat demikian kami sangat-sangat berterima kasih kepada kalian.
Subscribe to:
Posts (Atom)