::tanda ingatan, tq:: |
Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat serba sedikit berkenaan dengan produk syarikat dan aktiviti-aktiviti kami iaitu kerepek pagoda(Nur Kasih). Maklumat lanjut boleh hubungi kami 0195590656 atau datang terus ke premis kami atau pengedar-pengedar terdekat anda
Monday, May 6, 2013
Student UUM terjah Premis kerepek
Baru-baru ini(dalam bln lepas sehingga kini) asyik dapat call dari student uum yang berminat nak buat kajian di premis k erepek. Tengah musim assignment la tu ye. Terima kasih atas minat anda dan minta maaf ada yang saya tak berapa layan. Bukan tak layan tapi memandangkan saya juga bekerja dan perlu fokus, beberapa student terpaksa saya tolak utk di temubual. Mereka yang bernasib baik, moga apa yg korang nak utk siapkan assignment tu dapatla membantu. Kadang tu ada yang call terus tanya "ni kerepek nurkasih ke" he, saya bukan kerepek yer, saya pembuat kerepek. Kadang-kadang rasa nak tergelak juga cara bertanya tu(biasalah student) dh on phone apa yang nak di tanya jadi lupa atau tersasul. Kalau student2 tu perasan sebenarnya yang saya pilih atau mereka yang saya benarkan untuk menemubual(macam org besar pulak, he) adalah mereka yang proper call, bgtau secara details, boleh bg soalan2 terlebih dahulu di email sblm datang (supaya saya ready) dan juga sentiasa update ( peringatkan saya). Kalau main terjah jer tanpa inform(anda akan membuatkan saya hilang mood) maaf yer kalau saya x layan. Saya cuba bantu yang mana saya boleh (awak curi masa saya tau, he).
Subscribe to:
Posts (Atom)