Sunday, October 24, 2010

KEREPEK PAGODA KINI NUR KASIH

Salam.....oleh kerana banyak yang mempersoalkan nama kerepek ini maka dengan rasminya kami menukar nama kerepek ini kepada kerepek Nur kasih. Sebenarnya kami pon tak berapa sure kenapa dipanggil kerepek pagoda yg seolah2 menyerupai nama tmpt ibadat bangsa lain..sebenarnya ramai yang tak mengetahui nama2 kuih tradisional ni termasuklah diri saya sndri. Lain tempat lain pula namanya yg rata2 kita tak tahu pun asal-usul dan sebab musabab kenapa diberi nama sedemikian...ermm jadi kita ikutla peredaran zaman utk lebih mudah dan senang diterima masyarakat.....kalau dgn nama kerepek pagoda org takut nk makan jadi kami tkrkan nama yg lebih mesra kepada kerepek nur kasih...jeng...jeng...jeng

Saturday, October 2, 2010

TESTIMONIAL

C&P dari blog Nik Murnihati junior kat uum,tq Nik!

Written by murnihati on Feb 7th, 2010 | Filed under: Artikel
Pernah makan, pernah dengar mengenai Kerepek Pagoda?
Saya pertama kali dengar dan kenal kerepek ni dari kenalan di Universiti dulu. Kak Syifa’ nama panggilan saya kepada beliau, nama sebenar lain. Seorang pengusaha kerepek yang makin berjaya. Pada mulanya saya langsung tak tahu. Hinggalah suatu hari ditemukan di Facebook Bukumuka . Beliau ada bengkel perusahaan kerepek ini di Jitra.
Teruja dengan hasil usaha tangan beliau, saya terus memesan kerepek tu untuk dicuba.
3 paket 150g dijual dengan harga RM10. Tapi saya dapat lebih aritu, 3 paket 150g + 1 paket 500g, kira bonus untuk kenalan katanya. Siap dihantar guna khidmat kurier lagi. Ntah-ntah habis modal Kak Syifa’ hantarkan saya kerepek tu. :)
Sebelum kerepek Pagoda Kak Syifa’ ni sampai ke rumah, saya ada tanya pakcik Google, nak tahu macam mana agaknya rupa dan resepi lebih kurang. Mungkin saya pernah tengok kerepek tu cuma tak tahu nama ke. Di Facebook Kak Syifa’ ada jugak gambarnya, cuma kurang jelas. Biasalah, orang zaman sekarang dah kurang alert bab nama-nama makanan tradisional. Kerepek, kuih muih tradisional, kadang-kadang selalu kita makan tapi tak tahu namanya. Ramai budak-budak zaman sekarang lebih kenal snek Tw**ti*s, R*ta, Sup*r R*ng, Brownies, Cup cake, Almond London, hmm.. nak sebut boleh penuh page ni dengan nama makanan popular kebaratan dan snek yang tak berkhasiat tu.
Jadinya, hasil google tu, rupanya kerepek Pagoda ni yang biasa kita tengok yang jenis panjang-panjang ada rasa pedas-pedas sikit. Sah, saya tak tau nama kerepek sebenarnya. Dan pernah rasa.
Tapi, Kerepek Pagoda Kak Syifa’ ni lain dari yang lain.
Berbentuk segitiga dan bukan dipotong panjang seperti biasa.
Rasanya juga berbeza. Sangaaaat sedap. Anak-anak pun suka makan. Walau ada rasa pedas-pedas sikit.
Tengok je gambar anak lelaki saya menikmatinya.

Inilah Kerepek Pagoda yang saya ceritakan,

Dan ini labelnya.. dah habis makan dan hampir nak dibuang baru perasan belum ambik gambar labelnya.

Ada tak sesiapa yang pernah cuba? Menurut kata Kak Syifa’ kerepek ni dah dipasarkan di sekitar Kedah, Grik dan dah masuk ke Kelantan. Di UniMart UUM pun memang ada. Kak Syifa’ masa di universiti dulu bukan ambik jurusan pengurusan makanan ke apa, langsung tiada kaitan. Tapi dah kerana minat, perusahaan kerepek ni dijalankan disamping menjana pendapatan. Apa-apa pekerjaan yang dibuat beserta minat memang puas hati dan enjoy je, tak ada  nak stress macam orang yang terpaksa buat perkara tak minat.
Ok, ada sesiapa nak cuba kerepek ni, boleh hubungi Kak Syifa’ untuk tahu pengedar yang berdekatan dengan kawasan anda. Atau boleh ke blog KerepekBiz
Blog ini khas sebagai tanda sokongan saya kepada produk Muslim, halal, suci dan selamat. Jom pakat beli kerepek pulak, Say NO to junk food…  gantikan dengan kerepek tempatan dan lebih dijamin halal dan suci.

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri