Wednesday, March 28, 2012

Ampun Maaf..

moga sihat hari ni..moga dapat jalani rutin kehidupan kita sehari hari dengan baik sekali. Hari ni nak share cerita mungkin.sedikit cerita untuk tauladan kot he..Baru-baru ni saya menerima beberapa panggilan daripada student UUM untuk menemuramah saya. Group pertama saya menerima dengan baik sekali. Banyak juga soalan-soalan yang di tanya. Kat bawah ni contoh soalan. Tetapi saya mohon banyak2  kemaafan buat mereka yang baru call dan ingin menemuramah saya lagi. Saya tolak dengan cara baik. Kemudian ada juga yang datang terjah ke premis. Sejujurnya saya tak berapa suka la dengan cara tu. Sebaiknya hubungi saya terlebih dahulu untuk minta kebenaran. Rupanyer saya  tersenarai dalam list nama dari lecture mereka yang saya adalah penerima bantuan KEDA. Tapi saya tak dimaklumkan apa-apa pon. Jadi kalau tiba-tiba saya kene jawab soalan2 ini tanpa bertanya dan buat temujanji terlebih dahulu memangla saya tidak mahu. Saya tidak bersedia. Harap pelajar2 ini faham. Lagi pun soalan2 ini ada yang berbentuk pribadi, saya tidak teruja nak bagitau. Seperti group yang telah pon menemuramah saya mereka juga menunggu kata putus dan buat temujanji. Saya harap ini juga proses untuk anda belajar deal dengan mana2 company, walaupun kami ni hanyalah di kategorikan sebagai pengusaha kecil. Nasihat saya ini hanyalah sekadar nasihat as a ex student kepada student2, anda akan melangkah ke bidang profesional jadi anda harus bermula dari sekarang.



p/s kalau lecturer tu sendiri bagitau saya untuk bekerjasama,ok kot.  :)  . Tapi maaf...saya tak suka di terjah...
     beberapa jawapan ada dalam blog ini, tapi malangnya mereka tak tahu apa pun tentang syarikat  kami(memangla x glamour).
Biasanya kalau saya nak pergi mana-mana atau buat sesuatu saya google dulu..tak la 'tercangak bangak', he..Sekarang ni kan zaman IT.

Tuesday, March 27, 2012

PENGHARGAAN BUAT (KEDA )LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH

Awal tahun 2010 perusahaan kami telah mendapat bantuan daripada KEDA berupa mesin roller, mixer dan meja. Mungkin agak terlewat entri ini tapi boleh saja kan...Lagi pun blog ni belum di create lagi masa tu. 
::Baru turun dari lori::

::roller mesin::

::meja penyediaan::

::mixer::

Sebelum bantuan mesin kami beroperasi hanya menggunakan mesin kecil ini. Nampak kelakar, tapi tidak aneh. setahun saya menggunakan mesin ini untuk test market Utara. Awal kemunculan Akbar Best hanyalah menggunakan mesin yang berharga RM50. Sangat tidak menang tangan namun kami teruskan juga demi mendapatkan pelanggan.
::korek2 fail terjumpa pula gambar lama ni terharu la plak::

 Sejujurnya kami bermula dengan modal yang sangat kecil. Wang yang ada sangat berjimat digunakan demi kelangsungan hidup. Sengaja tidak membeli mesin roller elektrik. Kata suami belum  tiba masanya...ermm ok..Demi perniagaan yang baru nak bertapak,soal harta benda sangat diketepikan. Kami bermula sangatlah dari bawah. Selain mencari pasaran , juga sedang buat kajian sebab saya bukanlah seorang yang arif. Target utama hanyalah untuk mendapatkan pasaran dan sumber pendapatan harian dan bulanan

Mungkin ada yang hairan, kenapa saya seorg graduan namun memilih jalan seperti ini..Saya percaya setiap orang punya alasan masing-masing untuk kehidupan anda sendiri. Begitu juga saya, punya alasan dan rahsia juga..Apapun yang kita kerjakan biarlah ikhlas tak kira berniaga atau pun bekerja dengan orang.
Berbalik dengan bantuan KEDA tadi, ianya bukanlah mudah. Saya wajib menghadiri kursus yang dianjurkan dan menerima lawatan pegawai yang berkenaan ke premis perniagaan. Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana perusaahan kita itu. Lebih kurang setahun juga lah,mungkin saya lulus kot ujian-ujian tu dan dapatlah mesin-mesin ini. Dah 2 tahun mesin-mesin ini berjasa. Roller ini pon telah digantikan dengan yang baru(beli sendiri la). Sekali lagi saya mengucapkan TERIMA KASIH kepada anda semua.. Selepas ini ada berita terkini berkenaan dengan KEDA juga....tunggu entri berikutnya ok.


Sunday, March 25, 2012

Dough sheeter table

(I will update later...layan gambaq ja dulu)





Suntikan pengendali makanan

Bagi mereka yang terlibat dengan perusahaan makanan anda dikehendaki mendapatkan suntikan ye. Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan Typhoid bagi setiap 3 tahun. Suntikan ini untuk mengelakkan penyakit bawaan air.

::ni bukan kene suntik tapi tengah touch up::

::Kad pengendali makanan tu kena ada gambar::

::Calon-calon kene suntik::





::ni la kad nyer::

Kursus Pembangunan Penjenamaan Pembungkusan dan Pelabelan Produk Industri Asas Tani

Baru-baru ni saya menghadiri kursus packaging yang di anjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA). Kursus yang dikatakan sepatutnya 3 hari ni di pendekkan hanya 2 hari sahaja, dan ia bermula pagi hingga ke petang sahaja. Malam pula tiada aktiviti(mungkin sebab bilik tak provided kot). Tapi ok la boleh balik tak macam kursus sebelum-sebelum ni bertapa la kat hotel. Memangla selesa tapi hati tak keruan(cewah). Hati tak senang bila tinggalkan kerepek bersama pekerja. Dah menjadi rutin sentiasa bersama mereka. Lagipon dah lama tak layan kursus-kursus ni(tak larat la asyik makan sedap jek). Habis kursus je mesti pening kepala..ermm mungkin tak tahan air cond kot,biasala orang kampung.

Dalam kursus  ni di ajar lah untuk pengusaha-pengusaha kecil ini tahu dan faham jenis-jenis packaging serta material yang sepatutnya digunakan untuk membungkus makanan. Ia bukan sahaja kesesuaian dari segi cantik atau tidak packaging tersebut tapi kesedaran mengenai keselamatan makanan, ketahanan dan juga pasaran yang bakal kita explore lagi. Ya ia betul...Memang saya menyedari hakikat tersebut... 

Ada juga yang hadir pengusaha yang telah mempunyai packaging dengan material yang sesuai. Tapi dia share masalah setelah menggunakan packaging baru. Masalahnya packaging lama masih di hati pelanggan...ermm  macamana tu? Setelah diperbincangkan bersama ia berpunca dari teknik fotografi. Teknik fotografi??ya ia memainkan peranan untuk menggambarkan produk di dalam. Foto yang cantik dan design yang memikat  memang akan menggamit pelanggan walaupun tak nampak isi..hu hu..

Dengar khabar ada geran yang boleh dipohon pengusaha 20/80..Ermm...jika Allah mengizinkan..moga ku menuju ke jalannya...

::Daftar::

::well..dok belakang skali::


::Puan S.Anita banyak bagi penerangan ::

::contoh packaging::

::contoh stiker::


::Aktiviti group::

::Assignment individu::

::Sekitar kursus::


::Majlis penyampaian sijil::

::Bersama-sama perwakilan..ha ha::

::Candid::


::Tugasan individu design pouching bag ni dengan  maklumat  yang perlu ada dalam  packaging yang betul::
::Dapat hadiah rupanyer tugasan individu ni::

 
::Sijil penyertaan::

Sunday, March 18, 2012

Release sebentar...

Selamat habis cuti sekolah...mungkin masih ada mood bercuti bersama keluarga tersayang lagi ni..apa pun cuti sekolah kali ni jatuh pertengahan bulan. Orang kata kalau tengah bulan ni bagi yang bekerja makan gaji biasanya kena la budget sikit. Ermm..maknanya akan berlaku pengurangan keluaran tunai..tul ke? tu orang kata..tapi mungkin juga ada kebenarannya. Selama tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan, memang diakui jualan awal bulan,pertengahan dan akhir memang berbeza-beza. Lebih-lebih lagi apabila musim cuti sekolah/perayaan itu jatuh pada mana-mana tarikh memang ada juga kesan pembelian naik dan turun. Adat berniaga kan... Rezeki itu di tangan Allah, pemborong,wakil penjual dan semua pelanggan yang datang itu umpama saluran rezeki kita, alhamdulillah. Moga usaha kita ini diberkati dan rezeki Allah ini sama-sama kita nikmati.

Di bawah gambar-gambar yang agak terkini setelah berpindah;

::40 beg bungkusan siap untuk salah seorang pelanggan::



::Nak tunjuk rak baru agaknyer..he..jimatlah sikit ruang::

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri