Friday, February 25, 2011

Istafa

::kat dalam macam2 kerepek ada::

::Kat luar Istafa::






Salah satu tempat yang boleh dituju selain Pekan Rabu. Ada pelbagai jenis kuih muih,kerepek,kek,buah kurma malah air zam zam pon ada di sini, one stop centre yang nak beli ole-ole kalau datang ke Alor setar. Menariknya ada kerepek Nur Kasih ku di sini. Lokasi di Jalan Sultanah nak menuju ke Shahab Perdana(Stesen bas) bersebelahan dengan Bank Islam.

Saturday, February 19, 2011

Resign..

 
Pekerja setia


Entri khas untuk salah sorang dari pekerja kami yang telah berhenti kerja,sebelah kanan. Mereka ni adalah pekerja yang dah lama bekerja dengan kami,terima kasih tak terhingga atas jasa kalian. Maafkan kami sepanjang bekerjasama mungkin ada perkara yang tak menyenangkan hati dan mungkin  banyak kemudahan yang tak dapat kami sediakan dengan baik,almaklumlah syarikat ni baru nak membangun banyak perkara yang tak dapat di laksanakan lagi. Memang di akui perlukan kesabaran. Lebih-lebih lagi cuaca panas tanpa hujan hampir sebulan sekarang ni sangat menguji kesabaran kalian yang bekerja dengan kepanasan haba menggoreng kerepek. Semoga anda peroleh kerja yang bersesuaian,good luck. Kepada Liza(kiri),hope you still with me,ok.

Friday, February 11, 2011

Syukran Habibi..

Banyak pulak entri hari ni,(tengah rajin jaganla di tegur). Sebenarnya keinginan tu ada,material pon ada,siap amik gambar bagai..masalah kurang rajin dan kurang senang he he.. Ramai yang tertanya-tanya,'boh sayur apa ni'?','boh sayur noh'. Ya,bukan setakat kategori sayur tapi boleh dikatakan salah satu herba kami masukkan dalam kerepek nur kasih ini. Bukan sahaja untuk dapatkan aroma,rasa, malahan khasiat, cuba tengok ni  . Kami cuba untuk dapatkan produk yang terbaik. Ramai orang bertanya,kerepek apa lagi yang ada,jawapan yang terpaksa mereka dengar ialah 'kerepek ni je kak'. Bukan kami tak nak pelbagaikan produk,tapi  kami cuba usahakan sesuatu yang unik dan sedap. Ada beberapa produk yang nak kami ketengahkan tapi masih diperingkat ujian. Ops..cerita pasal daun kari tadi..bukan senang nak dapatkan daun kari ni,seminggu dalam 1 guni kami perlukan(habis jugakla pokok orang). Terima kasih kat suami yang bersusah dan bersungguh mencari cari daun..

Ain..ain dahsyatnyer hang perisi daun tu..apa?byk sgt?tinggal sket je lagi tu..




Minyak oh minyak


Rasanya dah masuk 2 bln masalah minyak berlarutan sehingga sekarang. Bagi peniaga yang menggunakan minyak macam kami memang terasa  bahang kesukaran untuk dapatkan bekalan yang satu ni. Macam-macam rumours  yang  kami dengar. Lebih tak tahan kenyataan media pembelian panik pengguna..ermm…kata lepas raya cina kembali ok,tapi masih di hadkan pembelian. Pemborong tak mau bagi banyak seperti biasa . Terpaksalah cari merata alam. Maklumat terkini dari kedai pemborong kawasan yang hampir dengan sepadan memang menghadapi masalah yang serius. Sg Petani ke atas takde masalah pon. Kedai-kedai runcit limit 1 pack. Terpaksalah menapak ke Tesco untuk dapatkan minyak(sblm ni pon tak ok,macam nak beli barang terlarang je). Ni pon kene limit 2 botol sekali beli. Sekali beli?ermm…kena la sai dan tawaf ke tesco ni hu hu

Baru syok ada minyak kat rak..kami nak beli la bukan nak curi                 



cepatla beli..satgi kene beli lagi,2 botol je ye kalau lebih satgi security ngamuk tak pon cashier rampas,harap maklum.



Stiker baru

Close up stiker baru syarikat




Tahun baru label baru(wajah baru ye). Bukan bermakna sentiasa nak bertukar wajah takut juga nanti kehilangan identiti. Tapi berikutan dari penerimaan nama  kerepek sebelum ni  membuatkan kami memutuskan agar keluar dengan imej baru,color pon tukar bagi sejuk gitu…he…padanla dengan gambar daun kat situ,so merah kami tukar ke color hijau untuk latar. Bagi mereka yang tak pernah nmpk label sebelum ni cuba lihat yang ni.. stiker lama

p/s  Tak kesemua packaging dari kami menggunakan stiker ini,bergantung pada pelanggan.

Tuesday, February 8, 2011

Promosi

Cuti raya cina ni tak pi mana pon..x plan utk jalan2..tapi plan utk tambah dan cari market baru. Target tempat adalah di perlis sbb..Perlis tak meluas lagi market kerepek. So,kene cari wakil penjual baru,yang ada cuma 2 org Kak Zila dan Kak Ton,tapi masih ramai lagi org2 Perlis tak kenal kerepek ni lagi. Jadi kami pon terjah nat(pasar pagi) Beseri dan nat Pauh.

Promosi kena rasa..


credit to Athirah kerana sudi jadi model

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri