Tuesday, October 4, 2011

Kerepek NurKasih di tapak ekspo konvokesyen UUM

Agak lama juga konvokesyen UUM yang ke 24 tahun ni,9 hari kalau tak silap. Nak tengok juga lah tapak jualan student2 program rakan niaga. Sangatlah besar ekspo konvokesyen ni,at last jumpa mereka ni di hujung jugalah. Agaknya hari dah petang,so kerepek tak berapa nak ada, tak amik lagi di bilik mereka katanya.
::Buat lawatan::

::Sedih sebenarnya sebab tak berapa hapening::
 Saya pulang dengan perasaan tak berapa puas hati dengan susun atur tempat letak kerepek. Mungkin mereka takut2 nak letak kerepek banyak2 di atas meja. Sebenarnya kalau letak sikit tak berapa menarik. kalau saya sebagai pembeli pun, saya akan membeli tempat yang agak happening dan banyak pilihan serta menarik susunatur. Tapi takpelah saya consider mereka ni masih belajar.
::the next day kami cuba tolong susunkan::
 Keesokkan hari kami datang semula membawa stok dan cuba susun. Apalagi kami susun bagi nampak banyak sikit.
::tambah streamer::

::masih proses tambah kerepek yang ada::

::Tak sudah2 lagi Atirah menyusun::


::kerepek ditidurkan,kalau menegak takut mampat::

::Bersama produk lain,loyang madu::

::kalau boleh nak tambah lagi bagi nampak banyak :P ::
Kami cuma menyibuk sahaja,selebihnya itu tugas kalian untuk cuba pasarkan produk sebaik mungkin. Ada banyak lagi cara untuk menarik pelanggan untuk membeli. Setelah kita berusaha untuk memikat hati pelanggan,kita redha lah berapa banyak hasil jualan nya nanti ye. Harap2 kamu semua berjaya.. Good Luck..Rasanya ada 3 hari lagi untuk old out.

Monday, October 3, 2011

Program Rakan Niaga Usahawan

27 September yang lalu Akbar Best telah di jemput oleh Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi atau nama ringkasnya CEDI dari Universiti Utara Malaysia untuk bekerjasama dalam program rakan niaga usahawan. Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada 50 orang pelajar UUM yang mengikuti program ini yang turut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. 
::Majlis perjumpaan peserta dan usahawan terpilih::
 Lima orang usahawan yang terpilih termasuk Akbar Best,perusahaan kerepek. Selain itu Syarikat Bahulu Warisan, Syarikat Perubatan Islam(Qurba) , perniagaan T-Shirt dan alatan komputer.
::Semua usahawan dikehendaki memberi penerangan tentang perniagaan syarikat::
 Kami dari pihak Akbar Best menyambut baik kerjasama dari CEDI-UUM demi pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Lebih-lebih lagi saya juga merupakan bekas pelajar di sini :).
::Mereka khusyuk melihat slide presentation yang saya sediakan agaknya :P ::

::Penerangan berkenaan perniagaan::

Di akhir taklimat kami diberikan kumpulan pelajar yang akan menjalankan cabaran seterusnya iaitu strategi pemasaran. Menariknya mereka akan menjual produk usahawan di tapak ekspo konvokesyen yang berlangsung 29hb September hingga 7hb Oktober 2011 ini.

Monday, September 26, 2011

Thanks mudah

Bulan puasa yang lepas iklankan kerepek di MUDAH , memang mudah dan membantu.


tapi untuk dapatkan page hadapan,kenalah rajin renew. Saya pun x sempat nak renew lagi dah page kat belakang nun di sana..he

Wednesday, July 20, 2011

Salam Syaaban..Ahlan wa sahlan Ramadhan...

Masih tak terlewat kah untuk mengucapkan salam nisfu syaaban baru-baru ni..?nampaknye tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan,bulan yang penuh keberkatan, bulan ibadah. Begitu juga bulan Rejab dan Syaaban yang hampir berlalu dan kita akan menuju bulan Ramadhan pula. Moga dalam kesibukan kita mencari rezeki di muka bumi ini,kita tidak lupa menunaikan segala kewajipan dan mencari redha Allah. Kehidupan yang kita kecapi dan nafas yang dihirup hanyalah sekadar pinjaman untuk kita membawa bekal secukupnya di sana nanti. Moga kita tidak lupa bahawa di bumi ini hanyalah sementara. Selamat beramal ibadah di bulan suci ini moga segala perbuatan kita diberkati dan peroleh rezeki yang halal. Di kesempatan ini juga kami dari warga Akbar Best mengalu-alukan kepada para pengedar, wakil-wakil penjual dan mereka yang berminat untuk bersama-sama merancakkan ekonomi di bulan Ramadhan untuk membuat tempahan kerepek lebih awal agar memudahkan pengurusa. Kepada mereka yang telah berbuat demikian kami sangat-sangat berterima kasih kepada kalian.

Monday, June 27, 2011

cemuih..

Harga gula dah naik takde masalah(takde masalah nak dapat ler tapi masalah le jugak asyik naik jer)..ni minyak asyik la takde..bezanya tak sekecoh yang lalu,masih limited walau melalui pembekal bahan mentah,mungkin masalah dari pemborong..erm...Tepung??huh..sama gak..Lagi??tak larat heh nak habaq..

Sunday, June 26, 2011

semangat raya dah datang

Selamat menyambut bulan Rejab...bulan pengampunan..Tak lama lagi kita akan sambut bulan Ramdhan pulak...kerepek tak tahu lagi banyak mana nak buat,mudah-mudah Allah murahkan rezeki kami tahun ini..mood raya agaknya teringin makan ketupat he..nasibla ada orang kerja yang rajin dan pandai buat ketupat pulut ni(versi Kedah)..Kebiasaan  raya kami buat ketupat nasi,tak pon nasi impit jer senang..bukan buat.. beli pulak tuh ha ha pecah rahsia. Tapi ketupat daun palas ni memang la fail..
daun dah siap

masak santan dulu

pastuh masuk pulut-sampai sebati santan tu

acara masuk pulut ke dalam daun-lipat ye-ni yang fail tu

daun tak cukup kita buat pulut dakap-wah best tul nama dia

inti pisang

ikat dengan partner-dakap dan ikat..jadila pulut dakap
Itula kerja kami selepas waktu kerja. Sian diaorang ku dera buat ketupat he..

Saturday, June 18, 2011

aktiviti lapang..

::Bertungkus lumus juga hangpa no.. ::

tetiba je cerita bab rebung masa makan tengahari tadi. Tak pernah pon tengok apatah lagi cari sendiri. Masak rebung pun baru ni je berjinak2. Dulu-dulu nak makan pon rasa x lalu. Kat perak jumpa rebung pun jenis yang bau alahai x lalu..Tapi sejak dok Kedah ni macam sedap plak makan rebung.

 
::Siap masuk dalam hutan ::

 Punya la semangat,bukan omong kosong sih..memasing teruja nak amik rebung. Diaorang ni dah biasa kami le yang tak pernah cari sendiri,sangat teruja...
::ni je yang dapat::
 Adventure jugak cari rebung ni..nak senang beli je lah kat market RM2 pon dah leh wat sekali masak..Tapi kepuasan nye lain lah kan..

::ni yang dah siap rebus::
Dah siap rebus ni leh la nak wat masak apa pon..Pajeri pon sodap,masak lemak,gulai,goreng..ikutlah...

Monday, May 16, 2011

Punggah memunggah

Salam...Ni adalah gambar pelanggan yang sedang ambil kerepek. Nampak penuh lori,tapi mereka ni ada ambil makanan lain sama,so kerepek ni yang terakhir nampak mcm 1 lori bawak wow..mereka ni adalah salah seorang pelanggan kami iaitu Cik Lina yang mewakili syarikat Alridwee Holding. Market mereka adalah sekitar KAMUNTING, TAIPING, IPOH, SITIAWAN, GRIK, KELANTAN, TERENGGANU, BALING, KULIM dan RAWANG. Huruf besar sengaja untuk highligt sesiapa yang berada di kawasan terbabit kalau nak pesan boleh lah berurusan dengan Cik Lina ni.. 0134535178


kerepek di masukkan dalam kotak,senang nak tindan
muat2 kotak diaorang...kami sediakan plastik sahaja

Monday, April 4, 2011

Panas...


kerepek yang baru lepas goreng tak packing lagi. Saja la nak jamu mata

Map

Memang susah sikit nak menuju ke bengkel kami,kena call dulu baru kami bagi instruction. Itu pun biasanya saya akan tunggu kat tepi jalan. Alternatif lain sebelum datang sekiranya ada yang buka blog dulu bolehla buat rujukan. Siap bergambar ye..

Dari Tol Jitra lebih kurang 12km akan jumpa Pekan Napoh,traffic light yang pertama.
Sepanjang highway Jitra-Bukit Kayu Hitam ini traffic light yang pertama traffic light seterusnya adalah pekan Changlon
 Kemudian akan nampak beberapa tempat makan. Tau dak Jo Cendul Pulut? Lepas ni kita akan u-turn..
Pakcik ni nak u-turn moto. u-turn kereta depan sket

Selepas u-turn kalau nampak ni slow lah sikit,bagi signal kiri  ye nak sampai dah.
nak singgah beli bahulu pon leh gak-sign board dia kat tepi jalan je

depan sikit je lagi ye selepas bus stop


sign board kat dalam dekat ngan bengkel
Selepas bus stop belok kiri. Dalam gambar kiri sekali kedai skrap getah. kanan kedai gunting rambut. Masuk ikut sini pon boleh nampak kan signboard tu? sebelah adalah bengkel.
kedai cc dan prepaid
kalau nak masuk ikut depan pon boleh tapi adventure sikit sebab macam nak masuk parking.Apapun call je..


Friday, February 25, 2011

Istafa

::kat dalam macam2 kerepek ada::

::Kat luar Istafa::






Salah satu tempat yang boleh dituju selain Pekan Rabu. Ada pelbagai jenis kuih muih,kerepek,kek,buah kurma malah air zam zam pon ada di sini, one stop centre yang nak beli ole-ole kalau datang ke Alor setar. Menariknya ada kerepek Nur Kasih ku di sini. Lokasi di Jalan Sultanah nak menuju ke Shahab Perdana(Stesen bas) bersebelahan dengan Bank Islam.

Saturday, February 19, 2011

Resign..

 
Pekerja setia


Entri khas untuk salah sorang dari pekerja kami yang telah berhenti kerja,sebelah kanan. Mereka ni adalah pekerja yang dah lama bekerja dengan kami,terima kasih tak terhingga atas jasa kalian. Maafkan kami sepanjang bekerjasama mungkin ada perkara yang tak menyenangkan hati dan mungkin  banyak kemudahan yang tak dapat kami sediakan dengan baik,almaklumlah syarikat ni baru nak membangun banyak perkara yang tak dapat di laksanakan lagi. Memang di akui perlukan kesabaran. Lebih-lebih lagi cuaca panas tanpa hujan hampir sebulan sekarang ni sangat menguji kesabaran kalian yang bekerja dengan kepanasan haba menggoreng kerepek. Semoga anda peroleh kerja yang bersesuaian,good luck. Kepada Liza(kiri),hope you still with me,ok.

Friday, February 11, 2011

Syukran Habibi..

Banyak pulak entri hari ni,(tengah rajin jaganla di tegur). Sebenarnya keinginan tu ada,material pon ada,siap amik gambar bagai..masalah kurang rajin dan kurang senang he he.. Ramai yang tertanya-tanya,'boh sayur apa ni'?','boh sayur noh'. Ya,bukan setakat kategori sayur tapi boleh dikatakan salah satu herba kami masukkan dalam kerepek nur kasih ini. Bukan sahaja untuk dapatkan aroma,rasa, malahan khasiat, cuba tengok ni  . Kami cuba untuk dapatkan produk yang terbaik. Ramai orang bertanya,kerepek apa lagi yang ada,jawapan yang terpaksa mereka dengar ialah 'kerepek ni je kak'. Bukan kami tak nak pelbagaikan produk,tapi  kami cuba usahakan sesuatu yang unik dan sedap. Ada beberapa produk yang nak kami ketengahkan tapi masih diperingkat ujian. Ops..cerita pasal daun kari tadi..bukan senang nak dapatkan daun kari ni,seminggu dalam 1 guni kami perlukan(habis jugakla pokok orang). Terima kasih kat suami yang bersusah dan bersungguh mencari cari daun..

Ain..ain dahsyatnyer hang perisi daun tu..apa?byk sgt?tinggal sket je lagi tu..




Minyak oh minyak


Rasanya dah masuk 2 bln masalah minyak berlarutan sehingga sekarang. Bagi peniaga yang menggunakan minyak macam kami memang terasa  bahang kesukaran untuk dapatkan bekalan yang satu ni. Macam-macam rumours  yang  kami dengar. Lebih tak tahan kenyataan media pembelian panik pengguna..ermm…kata lepas raya cina kembali ok,tapi masih di hadkan pembelian. Pemborong tak mau bagi banyak seperti biasa . Terpaksalah cari merata alam. Maklumat terkini dari kedai pemborong kawasan yang hampir dengan sepadan memang menghadapi masalah yang serius. Sg Petani ke atas takde masalah pon. Kedai-kedai runcit limit 1 pack. Terpaksalah menapak ke Tesco untuk dapatkan minyak(sblm ni pon tak ok,macam nak beli barang terlarang je). Ni pon kene limit 2 botol sekali beli. Sekali beli?ermm…kena la sai dan tawaf ke tesco ni hu hu

Baru syok ada minyak kat rak..kami nak beli la bukan nak curi                 



cepatla beli..satgi kene beli lagi,2 botol je ye kalau lebih satgi security ngamuk tak pon cashier rampas,harap maklum.



Stiker baru

Close up stiker baru syarikat




Tahun baru label baru(wajah baru ye). Bukan bermakna sentiasa nak bertukar wajah takut juga nanti kehilangan identiti. Tapi berikutan dari penerimaan nama  kerepek sebelum ni  membuatkan kami memutuskan agar keluar dengan imej baru,color pon tukar bagi sejuk gitu…he…padanla dengan gambar daun kat situ,so merah kami tukar ke color hijau untuk latar. Bagi mereka yang tak pernah nmpk label sebelum ni cuba lihat yang ni.. stiker lama

p/s  Tak kesemua packaging dari kami menggunakan stiker ini,bergantung pada pelanggan.

Tuesday, February 8, 2011

Promosi

Cuti raya cina ni tak pi mana pon..x plan utk jalan2..tapi plan utk tambah dan cari market baru. Target tempat adalah di perlis sbb..Perlis tak meluas lagi market kerepek. So,kene cari wakil penjual baru,yang ada cuma 2 org Kak Zila dan Kak Ton,tapi masih ramai lagi org2 Perlis tak kenal kerepek ni lagi. Jadi kami pon terjah nat(pasar pagi) Beseri dan nat Pauh.

Promosi kena rasa..


credit to Athirah kerana sudi jadi model

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri