Thursday, November 15, 2012

sepanjang Hari Peladang , Penternak Nelayan 2012

d
::Ronda-ronda::

::Ada lagi our customer yang mengikuti expo ini, Mak Aji ::










our page in facebook

zaman skrg ni boleh dikatakan zaman facebook. Dari  budak umur 3 tahun hinggalapakcikmakcik semua ada akaun facebook. Ada orang suka post aktiviti harian,gambar2 aktiviti terkini pergi bercuti,masak memasak segala bagai semua nak update status. Ada juga yang suka jadi silent reader. Apa pon fenomena facebook ni melanda disemua negara. Buka laptop, tablet sure perkara pertama buka facebook atau email. Fb adalah social network yg berjaya menambat hati masyarakat. Oleh itu kerepek nurkasih juga mengambil kesempatan untuk bersama2 mewarnai peminat facebook. Jom like  kerepek nurkasih

Saturday, November 10, 2012

Rezeki melimpah...


Alhamdulillah kali pertama mengikuti exhibition mencurah-curah rezekinya sehingga masuk dalam khemah. Sekarang ni sedang berlangsung Hari Penternak,Peladang & Nelayan peringkat negeri Kedah bertempat di stadium Darul Aman, Alor Setar. Atas pelawaan rakan kami join sama. Berbekalkan tiada pengalaman namun semangat kesukanan(ops)yang tinggi kami bersungguh2 mencari segala keperluan,senjata alatan yang diperlukan. Kenapa saya kata mencurah dan melimpah ye..sebab hari pertama yang berkobar2 itu sangatla menguji kesabaran dan kekuatan iman. Tak sampai petang hujan lebat yang teramat sehinggakan khemah kami habis digenangi air. Banjir kilat itu menyebabkan ramai juga yang kerosakan barang especially produk. Mujur kerepek dapat diselamatkan. Alhamdulillah hari kedua dan ketiga berjalan lancar.

Friday, October 12, 2012

Tawaran CLOSE

Harap maklum...tawaran utk penghantaran dan kerepek percuma posting lps CLOSE already. Kepada pembaca,rakan-rakan yang telah memberikan alamat amsing-masing, kelmarin saya baru berkempatan pos semua bungkusan dengan pos laju, harap puas hati.Terima kasih sangat atas respon anda. Lps ni anda pula yang kene beri rspon, ok..

Friday, September 28, 2012

PENGUMUMAN


Kami warga Akbar Best ingin membuat satu pengumuman...kami ingin menawarkan kerepek dengan percuma beserta penghantaran untuk anda

  kerepek free kalau datang ke kilang pon kita akan bagi juga makan tapi ini khusus buat mereka yang tak pernah rasa(yang pernah pon boleh)sangat-sangatlah di alu-alukan. Tapi ada syarat(bukan syarat apa pon, cuma nak minta tolong sikit). Tolong berikan nama, alamat lengkap untuk kami post ke rumah anda. Ini hanyalah tujuan promosi untuk rakan2, pembaca blog sekalian..Tarikh tutup akan diberitahu kemudian,he.. Sms ke 0195590656@ tinggalkan saja komen di bawah@ msg di facebook.. psstt..tujuan promosi dan meminta komen



Plastik IPP

Plastik  ni mmg agak susah untuk dibuka bagi mereka yang tak biasa. Kadang-kadang kalau kita lihat ada kesan ronyok kat tepi plastik itu bermakna kita masih tak pandai buka plastik ni. Plastik ni lutsinar,tebal dan memang nampak menarik dan tertarik. Tapi kalau belajar bab packaging plastik ni tidak termasuk dalam pembungkusan makanan sebab plastik untuk makanan ialah jenis PP (tahan sebulan). Jika nak tahan lebih dari itu ada campuran pulak.  Cth;
OPP/PP dan OPP/PE  melebihi 2 bulan
PET/PP/EVA   melebihi 2 bulan
Metalized PE   9 bulan
Metalized PET/PE  Melebihi 9 bulan
AL/Paper/PE    12 bulan
 Semua yang di atas sesuai bagi mereka yang pasarkan produk untuk ketahanan yang lebih lama dan pasaran yang mengambil masa. Bagi kes kami ini(buat masa ini) kami hanya menggunakan plastik IPP jenis hok Thailand ni dengan banyak sebab. Antaranya adalah kerana target pasaran tak sampai sebulan. Kami sasarkan untuk 2 minggu sahaja. Plastik ini juga banyak permintaan dari para pengedar mungkin kerana plastik ini lutsinar dan nampak menarik berbanding jenis PP. Tapi sekiranya anda mahu memasarkan produk lebih jauh (maksudnya pasaran yang lebih luas cth: hypermarket/supermarket) sangat di paksa membungkus makanan anda dengan campuran plastik di atas. Bolehla kita bersaing sama rancak dengan jenama gergasi seperti Twistis dan macam2 lagi jenama (walaupun sebenarnya bukanlah banyak mana pon keropok dalam tu). Semua ni ada banyak sebab...nantilah kita bincangkan lebih lanjut lagi. Antara sebab terpenting adalah KOS..KOS. Sebenarnya entry ni di buat untuk tunjukkan macamana nak buka plastik IPP dari Thailand ni yang amatlah susah nak buka bagi mereka yang tak pandai atau tak biasa pasti akan mengalami masalah lambat buat kerja. Jom kita tengok..


Sunday, September 16, 2012

Pot luck before Ramadhan

Ha ada lagi gambar makanan (mood nak wat entri pasal makanan lg). Beberapa hari sebelum Ramadhan buat jamuan sikit tapi masing-masing bawak juadah. Makan tengahari lepas penat buat kerja memang la sedap untuk menjamu selera, siap bertambah berapa kali ntah yer..
::tu dia macam2 yang makan 5 orang je::

::rebung sardin, rebung pajeri,gulai nangka::

::ikan pekasam,ayaq asam,ayam gorng::

::nasi briyani yang tak boh color done with me n ayam berempah::

::ula ulaman yang tidak harus di tinggalkan nyum nyum::

::tu dia nasik pon dah tenggelam::
so sesiapa yang tengah jaga badan di nasihatkan berhati-hati ye banyak kalori nih (he he)..Petang 1 round pulak....

Tidur lah...

Entri ni kali ni agak privacy sket tapi sangat touching melihat mereka ini tidur tiduran...he..Sejam diberi masa rehat sangat dimanfaatkan dengan 'take a nap', tujuan untuk menghilangkan lelah sebentar. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni tidurkan sunnah dapat pahala tau..tidur sebentar,mandi kemudian masuk waktu zohor pi solat plak then work time..
::ni bukan lakonan::
 Biasanya saya jaga di depan, so jarang join diaorang tidur takut ada orang datang kami tak sedar. Dudukk depan sambil baca Al Quran then mengantuk zzzz kat atas kerusi jer . Ni peristiwa di bulan Ramadhan ye, bila bulan biasa suasana jauh berbeza, Al Quran pon just pasang kat hp (itupun surah2 pilihan je ngee). Ampuni dosa  hambamu ini Ya Rabb..

Ramadhan

Bulan Ramadhan yang lepas dah tentunya tak dapat nak update blog, rasa macam tak cukup masa(dunia oh dunia). Ye lah dalam kesibukan tu solat jangan sesekali ditinggalkan, tambahkan amalan dalam bulan puasa seperti membaca Al Quran dan berzikir. Sangat indah berdoa di kala bulan berkah ini kan...amalan2 baik berganda pahalanya waimma tidoq...entri ini akan menyusul..segala-galanya indah. Ramai orang tak sabar2 nak sambut Raya tapi sedarkah kalian bulan Ramadhan ini telah diberi lebih banyak ganjaran dan sangat indah berbanding hari raya hanya sekadar gembira sebentar cuma, ya ia sekadar meraikan atau bersyukur kerana kita berjaya melaksanakan perintah Allah. Tapi pelik gak ada yang tak puasa pon gembira sakan gak(lebih-lebih ) moga diberi hidayah...

So, selepas berpenat lelah dan telah diberi upah masing-masing maka seperti tahun-tahun sebelum ini rakan-rakan pembantu Akbar Best akan di bawa untuk menyopping...he he...Acara wajib untuk meringankan beban cewah.. Gambar semasa shopping lupa nak snap. Nak masuk berbuka kami cari lah tempat tak tau kat mana, ini je la tempat yang selesa untuk diaorang ni..
::Sementara menunggu banyakkan doa(tapi mcm bergosip jek)::

::muka2 orang berpuasa::

::menu nasi curry ayam Thai sedap gak::


Friday, September 14, 2012

Makanan

Kalau berkunjung ke Padang Besar, Wang Kelian pasti kita akan jumpa macam-macam jenis kerepek kat sana. Semuanya nampak cantik dan tertarik. Bukan sahaja warna, susunan dan packaging mereka pon ada style sendiri.
::3 bungkus RM10::

::Plastik memang dah cantik, siap boh tangkai lagi::

::ni roti kering tapi boh cheese atas dia::

::Biskut apa ntah::

::cakar ayam::

::kuih sepit versi gulung,sangat cantik but rasa tak menepati citarasa saya sangat::

::Beras goreng?ermm lebih kurang la::
So far ada yang sedap ada yang biasa2...tapi disebabkan packaging nya saya sangat yakin orang Malaysia akan beli buat ole2...nanti kita terjah kerepek2 lain pula ya..

p/s saya biasanya akan beli kacang cerdik(sangat wajib beli) sebab kat sini agak murah.

Thursday, September 13, 2012

Mood Raya ada lagik

Salam semua..Syawal nak berakhir tapi masih ramai buat open house. Kalau kat kampung hingga 3 Syawal je kot happening selepas tu masing2 balik kerja. Kat bandar baru la bermula untuk buat rumah terbuka,kalau tak buat macam ni dah tentu orang malas nak berkunjung, he..Kami warga Akbar Best adalah buat sambutan sedikit 8hb lepas bersamaan 21 Syawal he he...Itu pun ahli2 warga kerja dan keluarga sahaja
::antara menu nasi impit kuah lodeh,nasi ayam::

::Tu dia..dengan periuk sekali keluar he he::

::Laksa kedah yang mengancam,pekat ko nyum nyum::

::kek coklat::

::semuanya home made ya,ayaq tangan sendiri lorr::




InsyaAllah lain kali kita plan elok2, tambah tetamu 1st timer tak pandai nak organise majlis, so far semuanya bergantung pada niat, asalnya memang nak jamu pekerja,bekas2 pekerja tak kira lah yang dah berhenti, kerja sementara atau pekerja bidang terjun, semuanya ku panggil untuk makan. Para pelanggan bukan tak mahu dijemput tapi tu lah tadi majlis untuk ahli keluarga sahaja lah konon..tapi ada la yang langkah kanan join sama..Terima kasih semua...
::sian dok kat lantai ja::


::para pembantu termasuk si kecik tu::

Friday, July 6, 2012

Pre Ramadhan pose..

Salam mahabbah wa rahmah...Diam tak diam dah pertengahan bulan Syaaban, salam nisfu syaaban semua reader, moga dosa-dosa kita di ampunkan dan  amalan kita diterima Allah..Tajuk post kali ni macam pre wedding plak yer..ada sesi fotografi bersama rakan2 sekerja, sempena apa pon tak pasti tapi mungkin excited nak menyambut Ramdhan tak lama lagi...Of course pasni tak dan nak posing2 dh tentu bz...Ini lah para penggerak Akbar Best Enterprise, jasa mereka sangatlah berharga. Terima kasih Liza, Faridah, Athirah dan Shifa.





::yang lain sorg ni fotographer yg nk sama menempek he::




Thursday, May 24, 2012

Bertukar

Dah lama nak bertukar cara menggoreng serta alatan. Sebab dah tak berapa releven guna belanga lama. Baru sekarang dapat bertukar demi kemudahan, kesesuaian dan juga kebersihan.Belanga lama masih di simpan untuk kegunaan emergency, sekarang ni guna dapur menggoreng baru(dah sebulan la pakai) dari tarikh ini.
::Sedia untuk menggoreng::


::Pertama kali design sendiri dapur tempat menggoreng::
::malu nak tunjuk tapi hakikatnya belanga ini lah yang banyak berjasa::

kisah minyak

Bukanlah nak cerita panjang hal minyak sebab bukan orang arif untuk memberikan sebarang komentar dalam bab salah satu barangan terkawal di Malaysia iaitu minyak...Di ketahui umum minyak di Malaysia ni standard harga kat mana-mana kedai runcit mahupun di pasaraya besar harga tetap sama iaitu RM2.50 sekilo, untuk 5kg berharga RM13.35 . Itu sememngnya harga yang berada di pasaran kini, buat masa ini. Akan datang tak tau la pula. Untuk para peniaga dapatlah 5sen keuntungan bagi setiap kilo. Memang tak untung banyak, tetapi bidang peruncitan ini tak banyak nilai keuntungan satu2 barang pon tak menjadi masalah sangat sebab bagi barang seperti minyak, gula, beras dan lain2 barang2 terkawal@kata nama lain yang di beri subsidi ini adalah barang harian yang wajib kita beli setiap kali pergi kedai, betul x?Pelanggan pula kalau datang kedai bukan setakat beli minyak pasti ada barang2 yang akan di capai sama, sabun, jajan dan macam2 lah. Kalau di hypermarket selagi troli tak penuh selagi tu tak keluar kan...kan...saya la tu.. Kita sebagai pengguna kenalah bijak dalam membuat pembelian.Hah, nak sentuh semula bab minyak, baru-baru ni menyopping(konon) di Wang Kelian. Ala...ada sapa2 yang tak tau lagi tempat ni??Tempat lain yang boleh dikunjungi selain Padang Besar(yang ni mesti ramai dah pi kan?)
::sebelum masuk imigresen. Setiap hari Ahad bebas masuk ke Thailand, sekadar masuk pasar je la::

::pasar dia memang panjang, kiri kanan barangan seperti di Padang Besar juga::

::Rata-rata mereka menjual minyak Malaysia nih haish....nak jual kat orang Malaysia ka?::

::Tu dia 190bhat bersamaan RM19::

::Patutlah minyak kat Malaysia habis::

::Di sini untuk pelancong Malaysia, tapi amik barangan Malaysia aduhai...::

::lagi dan lagi...::
Semua minyak ini murah sebab dapat subsidi kerajaan. Rakyat Malaysia terpaksa bercatu untuk dapatkan minyak yang sentiasa di kenakan limit. Tapi kalau pembelian dari negara luar tidak dipantau, subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia akan di dagangkan seperti ini. Kalau kedai2 di Malaysia, mahupun di hypermarket tidak punya masalah bekalan rasanya ia tak menjadi isu, masalahnya rata2 bekalan tidak mencukupi, hanya sedikit di rak2 display. Saya pernah diberitahu ada segelintir peniaga menyorokkan barang ini semata2 mahu menjualkan ia kepada orang Thailand, sebab mereka sanggup beli dengan harga yang tinggi.

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri