Friday, September 28, 2012

Plastik IPP

Plastik  ni mmg agak susah untuk dibuka bagi mereka yang tak biasa. Kadang-kadang kalau kita lihat ada kesan ronyok kat tepi plastik itu bermakna kita masih tak pandai buka plastik ni. Plastik ni lutsinar,tebal dan memang nampak menarik dan tertarik. Tapi kalau belajar bab packaging plastik ni tidak termasuk dalam pembungkusan makanan sebab plastik untuk makanan ialah jenis PP (tahan sebulan). Jika nak tahan lebih dari itu ada campuran pulak.  Cth;
OPP/PP dan OPP/PE  melebihi 2 bulan
PET/PP/EVA   melebihi 2 bulan
Metalized PE   9 bulan
Metalized PET/PE  Melebihi 9 bulan
AL/Paper/PE    12 bulan
 Semua yang di atas sesuai bagi mereka yang pasarkan produk untuk ketahanan yang lebih lama dan pasaran yang mengambil masa. Bagi kes kami ini(buat masa ini) kami hanya menggunakan plastik IPP jenis hok Thailand ni dengan banyak sebab. Antaranya adalah kerana target pasaran tak sampai sebulan. Kami sasarkan untuk 2 minggu sahaja. Plastik ini juga banyak permintaan dari para pengedar mungkin kerana plastik ini lutsinar dan nampak menarik berbanding jenis PP. Tapi sekiranya anda mahu memasarkan produk lebih jauh (maksudnya pasaran yang lebih luas cth: hypermarket/supermarket) sangat di paksa membungkus makanan anda dengan campuran plastik di atas. Bolehla kita bersaing sama rancak dengan jenama gergasi seperti Twistis dan macam2 lagi jenama (walaupun sebenarnya bukanlah banyak mana pon keropok dalam tu). Semua ni ada banyak sebab...nantilah kita bincangkan lebih lanjut lagi. Antara sebab terpenting adalah KOS..KOS. Sebenarnya entry ni di buat untuk tunjukkan macamana nak buka plastik IPP dari Thailand ni yang amatlah susah nak buka bagi mereka yang tak pandai atau tak biasa pasti akan mengalami masalah lambat buat kerja. Jom kita tengok..


No comments:

Post a Comment

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri