Friday, December 20, 2013

Review sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan negeri Kedah 2013

Tahun ini, kami mengambil keputusan drastik untuk menyertai Ekspo Hari Peladang Penternak dan nelayan negeri Kedah yang diadakan di Taman Jubli Emas Alor Setar. Kenapa drastik? Biasalah tiada lagi sponsor dari mana-mana agensi (siapa la kami). Tapi tak mengapa, dengan inisiatif sendiri, kami berusaha mencari tapak dengan menghubungi FAMA selaku pengendali program yang besar bagi setiap negeri di Malaysia ini. Alhamdulillah dapat juga tapak di saat-saat akhir..syukur..

::Malam sebelum program , set up barang::

::Berjam-jam juga nak siapkan ::

::OK buat sikit2 dulu, sambung sok::



::Day 1::

::with my asistant::

::Tanda-tanda nak habis dah::

::Day 3 bersama wakil penjual Jitra::

::Ada penambahan...Pokok!::

::hari ni kita ubah lagi kedudukan::

::besi penyangkut ni memang nak kasi arik orang datang::

::Mari-mari::

::Hari ketiga hujan lebat beserta angin kuat, cubaan::

::Pengunjung sangat sempoi, lepas hujan shopping balik::

::Tanda keletihan dahh terserlah::

::Rorris's kini di pasaran""

::Day 4, hari ni kita merah::



::Tiba-tiba ada orang nak borong untuk kenduri kahwin::

::sempat bergambar, en Ghazali and wife::

::Bersama rakan bisnes, kak Ani pemilik Taska anakku pintar:;

Monday, November 11, 2013

Video proses mengadun



Di sebabkan kebanyakan pelawat tidak dibenarkan masuk terus ke kawasan proses dan ramai yang bertanya bagaimana proses kerepek ini di buat, jadi dengan rendah diri kami tunjukkan sedikit video.

Wednesday, November 6, 2013

ke arah pensijilan MeSTI



Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama di dalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

Nilai tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan. Ia juga menjadi keperluan kepada pemasaran produk-produk makanan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada Penjenamaan 1Malaysia Best olehLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia olehJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.

 
Logo MeSTI 


Antara langkah yang perlu diambil oleh pengusaha makanan;

  1. Daftarkan premis anda di http://fosimdomestic.moh.gov.my/pengguna_pertama.php
  2. Isi borang persijilan MeSTI di mana-mana pejabat kesihatan daerah atau negeri
  3. Audit akan di jalankan oleh pihak kementerian
  4. Tindakan pembetulan perlu dibuat selepas laporan audit dikeluarkan
Akbar Best juga sedang membuat pembetulan berdasarkan laporan audit dari kementerian, dan sedang menyiapkan dokumentasi yang di perlukan dalam persijilan MeSTI ini.  

::SALAH SATU TINDAKAN PEMBETULAN YANG PERLU DIAMBIL IAITU MENUKARKAN APRON LAMA KEPADA APRON YANG BERWARNA CERAH::



 

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri