Skim
Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim
yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
(SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M
bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan
Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di bawah
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Melalui
pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan
melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan.
Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu
membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta
rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama di dalam program jaminan
keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan
kebolehkesanan (traceability).
Nilai
tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME
Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan. Ia juga menjadi keperluan kepada
pemasaran produk-produk makanan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan
beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi
kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada Penjenamaan 1Malaysia Best
olehLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal
Malaysia olehJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam
Negeri.
Logo MeSTI
Antara langkah yang perlu diambil oleh pengusaha makanan;
- Daftarkan premis anda di http://fosimdomestic.moh.gov.my/pengguna_pertama.php
- Isi borang persijilan MeSTI di mana-mana pejabat kesihatan daerah atau negeri
- Audit akan di jalankan oleh pihak kementerian
- Tindakan pembetulan perlu dibuat selepas laporan audit dikeluarkan
::SALAH SATU TINDAKAN PEMBETULAN YANG PERLU DIAMBIL IAITU MENUKARKAN APRON LAMA KEPADA APRON YANG BERWARNA CERAH:: |
No comments:
Post a Comment