Monday, October 3, 2011

Program Rakan Niaga Usahawan

27 September yang lalu Akbar Best telah di jemput oleh Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi atau nama ringkasnya CEDI dari Universiti Utara Malaysia untuk bekerjasama dalam program rakan niaga usahawan. Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada 50 orang pelajar UUM yang mengikuti program ini yang turut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. 
::Majlis perjumpaan peserta dan usahawan terpilih::
 Lima orang usahawan yang terpilih termasuk Akbar Best,perusahaan kerepek. Selain itu Syarikat Bahulu Warisan, Syarikat Perubatan Islam(Qurba) , perniagaan T-Shirt dan alatan komputer.
::Semua usahawan dikehendaki memberi penerangan tentang perniagaan syarikat::
 Kami dari pihak Akbar Best menyambut baik kerjasama dari CEDI-UUM demi pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Lebih-lebih lagi saya juga merupakan bekas pelajar di sini :).
::Mereka khusyuk melihat slide presentation yang saya sediakan agaknya :P ::

::Penerangan berkenaan perniagaan::

Di akhir taklimat kami diberikan kumpulan pelajar yang akan menjalankan cabaran seterusnya iaitu strategi pemasaran. Menariknya mereka akan menjual produk usahawan di tapak ekspo konvokesyen yang berlangsung 29hb September hingga 7hb Oktober 2011 ini.

No comments:

Post a Comment

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri