Awal tahun 2010 perusahaan kami telah mendapat bantuan daripada KEDA berupa mesin roller, mixer dan meja. Mungkin agak terlewat entri ini tapi boleh saja kan...Lagi pun blog ni belum di create lagi masa tu.
::Baru turun dari lori:: |
::roller mesin:: |
::meja penyediaan:: |
::mixer:: |
Sebelum bantuan mesin kami beroperasi hanya menggunakan mesin kecil ini. Nampak kelakar, tapi tidak aneh. setahun saya menggunakan mesin ini untuk test market Utara. Awal kemunculan Akbar Best hanyalah menggunakan mesin yang berharga RM50. Sangat tidak menang tangan namun kami teruskan juga demi mendapatkan pelanggan.
::korek2 fail terjumpa pula gambar lama ni terharu la plak:: |
Sejujurnya kami bermula dengan modal yang sangat kecil. Wang yang ada sangat berjimat digunakan demi kelangsungan hidup. Sengaja tidak membeli mesin roller elektrik. Kata suami belum tiba masanya...ermm ok..Demi perniagaan yang baru nak bertapak,soal harta benda sangat diketepikan. Kami bermula sangatlah dari bawah. Selain mencari pasaran , juga sedang buat kajian sebab saya bukanlah seorang yang arif. Target utama hanyalah untuk mendapatkan pasaran dan sumber pendapatan harian dan bulanan
Mungkin ada yang hairan, kenapa saya seorg graduan namun memilih jalan seperti ini..Saya percaya setiap orang punya alasan masing-masing untuk kehidupan anda sendiri. Begitu juga saya, punya alasan dan rahsia juga..Apapun yang kita kerjakan biarlah ikhlas tak kira berniaga atau pun bekerja dengan orang.
Berbalik dengan bantuan KEDA tadi, ianya bukanlah mudah. Saya wajib menghadiri kursus yang dianjurkan dan menerima lawatan pegawai yang berkenaan ke premis perniagaan. Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana perusaahan kita itu. Lebih kurang setahun juga lah,mungkin saya lulus kot ujian-ujian tu dan dapatlah mesin-mesin ini. Dah 2 tahun mesin-mesin ini berjasa. Roller ini pon telah digantikan dengan yang baru(beli sendiri la). Sekali lagi saya mengucapkan TERIMA KASIH kepada anda semua.. Selepas ini ada berita terkini berkenaan dengan KEDA juga....tunggu entri berikutnya ok.
No comments:
Post a Comment