moga sihat hari ni..moga dapat jalani rutin kehidupan kita sehari hari dengan baik sekali. Hari ni nak share cerita mungkin.sedikit cerita untuk tauladan kot he..Baru-baru ni saya menerima beberapa panggilan daripada student UUM untuk menemuramah saya. Group pertama saya menerima dengan baik sekali. Banyak juga soalan-soalan yang di tanya. Kat bawah ni contoh soalan. Tetapi saya mohon banyak2 kemaafan buat mereka yang baru call dan ingin menemuramah saya lagi. Saya tolak dengan cara baik. Kemudian ada juga yang datang terjah ke premis. Sejujurnya saya tak berapa suka la dengan cara tu. Sebaiknya hubungi saya terlebih dahulu untuk minta kebenaran. Rupanyer saya tersenarai dalam list nama dari lecture mereka yang saya adalah penerima bantuan KEDA. Tapi saya tak dimaklumkan apa-apa pon. Jadi kalau tiba-tiba saya kene jawab soalan2 ini tanpa bertanya dan buat temujanji terlebih dahulu memangla saya tidak mahu. Saya tidak bersedia. Harap pelajar2 ini faham. Lagi pun soalan2 ini ada yang berbentuk pribadi, saya tidak teruja nak bagitau. Seperti group yang telah pon menemuramah saya mereka juga menunggu kata putus dan buat temujanji. Saya harap ini juga proses untuk anda belajar deal dengan mana2 company, walaupun kami ni hanyalah di kategorikan sebagai pengusaha kecil. Nasihat saya ini hanyalah sekadar nasihat as a ex student kepada student2, anda akan melangkah ke bidang profesional jadi anda harus bermula dari sekarang.
p/s kalau lecturer tu sendiri bagitau saya untuk bekerjasama,ok kot. :) . Tapi maaf...saya tak suka di terjah...
beberapa jawapan ada dalam blog ini, tapi malangnya mereka tak tahu apa pun tentang syarikat kami(memangla x glamour).
Biasanya kalau saya nak pergi mana-mana atau buat sesuatu saya google dulu..tak la 'tercangak bangak', he..Sekarang ni kan zaman IT.
No comments:
Post a Comment