Baru-baru ni saya menghadiri kursus packaging yang di anjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA). Kursus yang dikatakan sepatutnya 3 hari ni di pendekkan hanya 2 hari sahaja, dan ia bermula pagi hingga ke petang sahaja. Malam pula tiada aktiviti(mungkin sebab bilik tak provided kot). Tapi ok la boleh balik tak macam kursus sebelum-sebelum ni bertapa la kat hotel. Memangla selesa tapi hati tak keruan(cewah). Hati tak senang bila tinggalkan kerepek bersama pekerja. Dah menjadi rutin sentiasa bersama mereka. Lagipon dah lama tak layan kursus-kursus ni(tak larat la asyik makan sedap jek). Habis kursus je mesti pening kepala..ermm mungkin tak tahan air cond kot,biasala orang kampung.
Dalam kursus ni di ajar lah untuk pengusaha-pengusaha kecil ini tahu dan faham jenis-jenis packaging serta material yang sepatutnya digunakan untuk membungkus makanan. Ia bukan sahaja kesesuaian dari segi cantik atau tidak packaging tersebut tapi kesedaran mengenai keselamatan makanan, ketahanan dan juga pasaran yang bakal kita explore lagi. Ya ia betul...Memang saya menyedari hakikat tersebut...
Ada juga yang hadir pengusaha yang telah mempunyai packaging dengan material yang sesuai. Tapi dia share masalah setelah menggunakan packaging baru. Masalahnya packaging lama masih di hati pelanggan...ermm macamana tu? Setelah diperbincangkan bersama ia berpunca dari teknik fotografi. Teknik fotografi??ya ia memainkan peranan untuk menggambarkan produk di dalam. Foto yang cantik dan design yang memikat memang akan menggamit pelanggan walaupun tak nampak isi..hu hu..
saya berminat nak hadir kursus ni...nak ty puan sesuai tak kursus ni utk orang yg tiada bisnes lg?
ReplyDelete