Bukanlah nak cerita panjang hal minyak sebab bukan orang arif untuk memberikan sebarang komentar dalam bab salah satu barangan terkawal di Malaysia iaitu minyak...Di ketahui umum minyak di Malaysia ni standard harga kat mana-mana kedai runcit mahupun di pasaraya besar harga tetap sama iaitu RM2.50 sekilo, untuk 5kg berharga RM13.35 . Itu sememngnya harga yang berada di pasaran kini, buat masa ini. Akan datang tak tau la pula. Untuk para peniaga dapatlah 5sen keuntungan bagi setiap kilo. Memang tak untung banyak, tetapi bidang peruncitan ini tak banyak nilai keuntungan satu2 barang pon tak menjadi masalah sangat sebab bagi barang seperti minyak, gula, beras dan lain2 barang2 terkawal@kata nama lain yang di beri subsidi ini adalah barang harian yang wajib kita beli setiap kali pergi kedai, betul x?Pelanggan pula kalau datang kedai bukan setakat beli minyak pasti ada barang2 yang akan di capai sama, sabun, jajan dan macam2 lah. Kalau di hypermarket selagi troli tak penuh selagi tu tak keluar kan...kan...saya la tu.. Kita sebagai pengguna kenalah bijak dalam membuat pembelian.Hah, nak sentuh semula bab minyak, baru-baru ni menyopping(konon) di Wang Kelian. Ala...ada sapa2 yang tak tau lagi tempat ni??Tempat lain yang boleh dikunjungi selain Padang Besar(yang ni mesti ramai dah pi kan?)
|
::sebelum masuk imigresen. Setiap hari Ahad bebas masuk ke Thailand, sekadar masuk pasar je la:: |
|
::pasar dia memang panjang, kiri kanan barangan seperti di Padang Besar juga:: |
|
::Rata-rata mereka menjual minyak Malaysia nih haish....nak jual kat orang Malaysia ka?:: |
|
::Tu dia 190bhat bersamaan RM19:: |
|
::Patutlah minyak kat Malaysia habis:: |
|
::Di sini untuk pelancong Malaysia, tapi amik barangan Malaysia aduhai...:: |
|
::lagi dan lagi...:: |
Semua minyak ini murah sebab dapat subsidi kerajaan. Rakyat Malaysia terpaksa bercatu untuk dapatkan minyak yang sentiasa di kenakan limit. Tapi kalau pembelian dari negara luar tidak dipantau, subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia akan di dagangkan seperti ini. Kalau kedai2 di Malaysia, mahupun di hypermarket tidak punya masalah bekalan rasanya ia tak menjadi isu, masalahnya rata2 bekalan tidak mencukupi, hanya sedikit di rak2 display. Saya pernah diberitahu ada segelintir peniaga menyorokkan barang ini semata2 mahu menjualkan ia kepada orang Thailand, sebab mereka sanggup beli dengan harga yang tinggi.
No comments:
Post a Comment