Thursday, May 24, 2012

Bertukar

Dah lama nak bertukar cara menggoreng serta alatan. Sebab dah tak berapa releven guna belanga lama. Baru sekarang dapat bertukar demi kemudahan, kesesuaian dan juga kebersihan.Belanga lama masih di simpan untuk kegunaan emergency, sekarang ni guna dapur menggoreng baru(dah sebulan la pakai) dari tarikh ini.
::Sedia untuk menggoreng::


::Pertama kali design sendiri dapur tempat menggoreng::
::malu nak tunjuk tapi hakikatnya belanga ini lah yang banyak berjasa::

kisah minyak

Bukanlah nak cerita panjang hal minyak sebab bukan orang arif untuk memberikan sebarang komentar dalam bab salah satu barangan terkawal di Malaysia iaitu minyak...Di ketahui umum minyak di Malaysia ni standard harga kat mana-mana kedai runcit mahupun di pasaraya besar harga tetap sama iaitu RM2.50 sekilo, untuk 5kg berharga RM13.35 . Itu sememngnya harga yang berada di pasaran kini, buat masa ini. Akan datang tak tau la pula. Untuk para peniaga dapatlah 5sen keuntungan bagi setiap kilo. Memang tak untung banyak, tetapi bidang peruncitan ini tak banyak nilai keuntungan satu2 barang pon tak menjadi masalah sangat sebab bagi barang seperti minyak, gula, beras dan lain2 barang2 terkawal@kata nama lain yang di beri subsidi ini adalah barang harian yang wajib kita beli setiap kali pergi kedai, betul x?Pelanggan pula kalau datang kedai bukan setakat beli minyak pasti ada barang2 yang akan di capai sama, sabun, jajan dan macam2 lah. Kalau di hypermarket selagi troli tak penuh selagi tu tak keluar kan...kan...saya la tu.. Kita sebagai pengguna kenalah bijak dalam membuat pembelian.Hah, nak sentuh semula bab minyak, baru-baru ni menyopping(konon) di Wang Kelian. Ala...ada sapa2 yang tak tau lagi tempat ni??Tempat lain yang boleh dikunjungi selain Padang Besar(yang ni mesti ramai dah pi kan?)
::sebelum masuk imigresen. Setiap hari Ahad bebas masuk ke Thailand, sekadar masuk pasar je la::

::pasar dia memang panjang, kiri kanan barangan seperti di Padang Besar juga::

::Rata-rata mereka menjual minyak Malaysia nih haish....nak jual kat orang Malaysia ka?::

::Tu dia 190bhat bersamaan RM19::

::Patutlah minyak kat Malaysia habis::

::Di sini untuk pelancong Malaysia, tapi amik barangan Malaysia aduhai...::

::lagi dan lagi...::
Semua minyak ini murah sebab dapat subsidi kerajaan. Rakyat Malaysia terpaksa bercatu untuk dapatkan minyak yang sentiasa di kenakan limit. Tapi kalau pembelian dari negara luar tidak dipantau, subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia akan di dagangkan seperti ini. Kalau kedai2 di Malaysia, mahupun di hypermarket tidak punya masalah bekalan rasanya ia tak menjadi isu, masalahnya rata2 bekalan tidak mencukupi, hanya sedikit di rak2 display. Saya pernah diberitahu ada segelintir peniaga menyorokkan barang ini semata2 mahu menjualkan ia kepada orang Thailand, sebab mereka sanggup beli dengan harga yang tinggi.

Saturday, May 19, 2012

Sebelum pindah...



Bukan senang nak berpindah kan, macam2 kena fikir, paling utama ya pastinya ongkos sih..Nak buat sendiri semua tak mampu, so kena la upah orang juga untuk angkat barang dan sewa lori bagai. Kedai tempat sewa lama kena bersihkan juga, tempat baru lagi lah kena bersihkan sokmo, tak habis-habis mengemas tapi tak kemas-kemas hu hu...penat sungguh rasanya..Nasib baik ada orang keje ni apa lagi mereka la yang banyak membantu. Don't worry i pay uols end of month k...

::Bermula dengan membuka semula partition yang ada::

::maka bermulalah kerja mengangkat mengangkut::

::Lori ni senang sikit ada tempat angkat naik sendiri, tak tau la plak apa namanyer::

::peti sejuk cantik sgt ni pon saya bawak juga, masih berguna beb::
kalau perasan hari  ni ramai yang pakai baju color merah. Macam uniform la pulak, kebetulan je ni, saya sendiri pakai merah..tapi merah jambu he..(ketua kot... :P )
::tu dia bersepah...::

::gambar selepas angkut barang, ni sebelum buat partition::

::makan masa juga lah kami membersih dan mengemas, 2 hari juga tidak beroperasi buat kerepek::
::tu dia nampak jelas barang2::

::ni proses nak buat partition tapi hari yang lain ni::















ok, ni je lah cerita yang tak habis-habis..kat blog ni boleh la layan gambar-gambar ni, saja-saja datang nak snap gambar oh no no...with permision k..

Friday, May 18, 2012

layan jap gambaq..


::Layan gambar kerepek sat, asyik citer pasal pindah yang tak habis2 lagi::

Taman IKS KEDA Napoh

Tempat baru ni tak jauh dari tempat lama. kalau sebelum ini ada entri berkenaan dengan map, check di sini tapi memang mencabar nak pergi ke bengkel lama. Sekarang ok dah, alhamdulillah.

Dari Tol Jitra lebih kurang 12km akan jumpa Pekan Napoh,traffic light yang pertama.
Sepanjang highway Jitra-Bukit Kayu Hitam ini traffic light yang pertama traffic light seterusnya adalah pekan Changlon              
 
lebih kurang jer cuma lagi mudah kat traffic  light ni belok kiri, tak sampai satu kilometer sebelah kanan akan nampak Taman IKS Keda
::Ada pasar  malam ni baru la berkesempatan nak captured gambar. sebelah kanan tu jalan masuk::

::go straigh don't belok2, he...hujung jalan baru belok kiri::
kami di deretan bangunan paling belakang, itulah deretan bengkel. Kat sini lah kami berada, cuma belum ada papan tanda lagi ni, coming soon ok.. Banyak juga yang kosong dan orang baru di deretan sini.
::4 pintu tu untuk satu premis, agak luas::

::nampak tak zuza food, tu kilang yang di hadapan sekali, senang sungguh orang nak cari hu hu::
kalau tak dapat cari juga tanyalah pak guard, rasanya kami sahaja pembuat kerepek di sini. Apapun call saja saya 0195590656

Saturday, May 12, 2012

Proses membersih premis


Biasalah bila dapat menyewa sesuatu tempat takdenya dah siap cantik gitu..ni lah wajah sebenar sebelum di 'make over' seperti dalam gambar entri yang lepas. Mula2 saya tengok dari jauh je tak lah jelajah habis. Kali kedua ketiga datang semula baru terasa bengkel ni memang agak luas berbanding kedai yang saya sewa. Kenapa saya panggil bengkel?sebab premis yang saya dapat ni adalah kategori bengkel. Lokasi nya juga di barisan belakang. Lot Industri(kilang) di barisan hadapan la kan..Tapi bila masuk Taman IKS ni semua orang akan gelar kilang,he...ok la tu dapat title kilang dah. :) Tapi kami masih biasa2 lagi..masih tahap baru lepas bertatih. Bagi saya ini baru permulaan perniagaan. Tiga tahun lepas saya anggap ia sebagai kajian (baru testing ja). Orang kata macam main-main je...ye lah dengan tiada pengalaman langsung,tiada mentor dan sangat survive. Tak percaya?tak caya sudah...Saya orang baru dalam perniagaan. Bila berjumpa kawan2 yang sama2 pergi kursus mereka semua punya pengalaman berniaga yang sangat  lama. Siap dah warisi ke anak2. Walaupun saya bukan lah keturunan ahli perniagaan(ewah) ye lah semua adik beradik kerja bidang profesional, tapi saya baru teringat semasa saya kecil, umur 7 tahun kot . Mak sebenarnya selalu buat kerepek ubi, pisang sira dan jual untuk budak2 sekolah. Hah,rupanya saya mewarisi ibu.. sangat tak sangka. Tapi kalau nak suruh mak buat kerepek dah tentunya dia malas malah lupa katanya Sangat dahsyat alasan itu...he tapi tak pe lah. Saya masih ingat mula-mula saya berminat untuk belajar bab bab buat kerepek ni, mak macam risau je, sering tanya tak nak cari kerja lain ke...saya faham perasaan ibu2, keinginan2 mereka. Mak, mak doakan kejayaan anak mak ni di dunia dan akhirat ye. Apapun saya sangat bersyukur, segala ujian yang kita terima sebenarnya adalah pengalaman yang sangat berharga dan mematangkan fikiran juga tindakan.










::Bengkel yang ditinggalkan dengan barang-barang::

::..dan longgokan sampah::

::..kesan-kesan kotoran degil::

::sangat memerlukan penyentalan huh::

::sebuah bilik::

::semuanya kene dibersihkan::

::operasi bermula::

::sangat bergaya demi keselamatan he::

Friday, May 11, 2012

Selesai sudah...LEGA

Rasanya dah lama tak menulis,biasalah kan..alasan yang sama...ok sangat paham. Saya suka baca blog orang tapi blog sendiri bersawang he..Baru sahaja selesai membuat pengumuman kepada senarai para pelanggan yang kami berpindah lagi. Pindah lagi???Dengar perkataan pindah tu sangat memenatkan kan...penat lagi kami yang mengemas,mengangkut dan macam-macam kerja perlu dibuat. Tapi nak buat macamana..keputusan perlu dibuat, banyak perkara perlu ditimbangkan. Finally,inilah keputusan kami. Moga ia sesuatu yang tepat. Kadang2 kita fikir ia risiko, tapi ia juga satu peluang. Kat mana kami pindah?? TAMAN IKS KEDA NO.28, PEKAN NAPOH JITRA KEDAH.

Saya dah apply sejak tahun lepas sebelum berpindah di Taman Hosba lagi, akhir bulan 3 baru saya dapat tawaran. Tapi disebabkan perjanjian dengan tuan sewa kedai,kena beri notis 2bulan, saya minta tangguh sebentar nak masuk bulan 5,kalau tidak bulan 4 ni lagi saya dh kena bayar sewa di Keda,belum nak settlekan di kedai lagi,nak inform lagi...huh 2 bulan terkini ini adalah bulan yang sangat memberi tekanan. Tapi muka maintain jerk :P  ye lah kalau kita buat muka tension, muka bermasalah pekerja jadi takut, susah hati. Biarlah kami(saya dan suami) fikirkan jalan untuk settlekan satu persatu kerja yang menanti. So kami putuskan untuk minta rayuan supaya 'effective date' masuk ke iks keda bermula mei ini manakala kedai yang saya duduki sekarang ini saya berikan notis tamat dan memohon agar mereka melonggarkan syarat agar dapatlah duit deposit semula. (entah apalah yang saya tulis nih)Kita masuk secara baik keluar pun kena lah berakhlak, tak gitu..he..imej kena jaga juga. Ye lah kami pindah bukan jauh...xsampai satu kilometer kot...kalau tak buat macam tu terpaksa saya bayar 2 premis sekaligus..oh tidak..kami tak suka membazirkan wang begitu shj(ewah)..rugi la..leh bayaq 2 org pekerja tuh.. Alhamdulillah pihak keda setuju dengan memberi syarat kami confirm terima tawaran premis (berulang2 pegawai tu kata ramai yang mohon jangan lama2 tangguh)...oh tak kami cuma mnta tangguh sebulan shj itu pun bukan kerana duit sewa tapi banyak perkara kena settle. Air,api semua kena daftar baru,diaorang pulak mcm2 pe'el huh(citer lain k pasal air dan api ni,ada perkara nak share) Memang prosesnya lambat,memang sangat tepat keputusan yang kami ambil itu fuhhh sangat lega.

Banyak pulak nak menulis nyer yer..habis tu dah lama tak menaip depan lappy nih(org lain dh guna tab,saya bila lagi yek...sabar..). Sebenarnya mmg nak dok depan laptop nih nak la update blog, semua dah ada dalam kepala tapi bila penyakit malas dan penat datang bertangguh2 la keje. Dalam bulan ini juga lah cek banyak return..huuh bengang,itu orang nyer cek , saya punya cek pon ada kena return..itu namanyer bangang,,oppss..okla tu saya citer bab lain nanti, pengalaman juga tu. Hah banyaknyer janji nak buat..

Banner tak siap lagi...gambar sekitar premis sahaja ok..

::ni gambar after renovation::

::pintu masuk utama::

::my small ofis merangkap tmpt cashier he p/s tmpt ni masih berselerak lagi,fail2 pon tak tersusun lagi dan we will upgrade kerusi ofis tu ek :P::

::Bilik packaging::

::dari bilik packaging ada pintu masuk tempat operasi::

Cukuplah gambar ni dahulu. Kalau perhatikan kami main cermin kali ni. Motif?Sebab tak nak sembarangan orang keluar masuk ye.Sesiapa yang nak lihat boleh lihat di sebalik cermin2 ini sahaja. Terima kasih.

Alamat Baru.
No 28. Taman IKS KEDA
Pekan Napoh 06000 Jitra,Kedah
h/p  0195590656

p/s mungkin ada pelanggan yang keciciran no hp..harap2 dapat mereka mencari kami

Boleh baca ni juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cLosE uP

cLosE uP
kerepek di pack 150gm sebungkus

UNIMART

UNIMART
Salah satu market di Utara

Rak kerepek di UNIMART

Rak kerepek di UNIMART
Bersama-sama merancakkan lagi industri makanan tempatan

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek

Satu beg yang berisi 30bungkus kerepek
beg2 dah siap di ikat dan telah di order oleh pelanggan

Bundle

Bundle
Berisi 5kg kerepek utk mereka yang nak bungkus sendiri